Ada apa itu SOLAT

Assalamualikum semua,
Baru-baru ni saya berkesempatan pulang ke kampung semasa cuti sem.
Selepas solat maghrib semalam, saya ada hadir ceramah atau bacaan kitab di surau kampung saya.
Banyak perkara yang Ustaz Amin kongsikan dan salah satunya adalah ibadah solat.

Jadi disini saya nak kongsi pada kawan-kawan semua ilmu yang saya dapat semasa mendengar ceramah itu.
.
.
~apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

~anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah

~anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT

~Bayangkan ketika " Azan berkumandang", Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya

~Bayangkan ketika kau " Takbir", Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu

~Bayangkanlah ketika kau "Rukuk", Allah menampung badanmu hinga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya

~Bayangkan ketika "Sujud", Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-ku".

~Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud", Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu"

~Bayangkan ketika kau memberi "Salam", Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih

Masyallah😔 sungguh nikmat solat yang kita lakukan.
.
.
Lambaian kata, meruntut jiwa. Sekian saja kupasan ceramah dari Yang Berusaha Ustaz Amin. Semoga ada hati-hati yang terjentik untuk melakukan ibadah wajib ini tanpa sebarang alasan.
Assalamualaikum wbt👐
surau Al-Firdaus, Parit Haji Ali, Masjid Tinggi

Comments

Popular posts from this blog

TG2KM

UPKKM