M.A.R.A.H


Assalamualaikum semua, sihat ke hari ni?
Nak cakap sikit tentang marah. Semua orang pernah rasakan perasaan itu kan?

IMAM Syafie pernah berkata dengan tegas:
"Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandung racun. Oleh itu, hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya."
.
.
Apabila kita turuti perasaan marah, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi mengilangkan perasaan marah, saya ada tips yang boleh meredakan marah

1. Sebenarnya kita perlu rasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang je perasaan marah tu, ingatlah kita ni hanya manusia yang hina

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Kita perlu ingat, apa kesannya jika kita marah. Ia mungkin membawa kepada pemusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba kita bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang marah, bayakkan membaca isti'azah kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenagkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang, maka tidurlah. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangun dari tidur.

9. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahkan kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur dengan baik😊

10. Dan yang terakhir, apabila kita marah ketika berdiri duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.
.
.
Jadi kepada yang panas baran tu, bolehlah amalkan tips ini. Semoga berguna untuk kalian.
Assalammualikum wbt.

Comments

Popular posts from this blog

Ada apa itu SOLAT

TG2KM

UPKKM