Ban Pecah


Deseran air laut Ban Pecah

Kawasan pinggiran pantai di Tanjung Piandang, Perak yang tidak jauh dari kampung saya, terdapat hamparan laut yang cantik pemandangannya iaitu BAN PECAH. Kawasan ini mampu manarik ramai pengunjung pada setiap hari kerana tiupan angin yang kuat dapat menggembirakan hati sesiapa yang berkunjung. Namun begitu, di sebalik sejarah kewujudan kawasan ini, terdapat misteri yang belum terungkai. Adakah buah bualan penduduk kampung di sekitar Tanjung Piandang itu ada kesahihannya? Siapakah yang mampu merungkai mesteri Ban Pecah ini?

Kawasan persisir pantai Ban Pecah sepanjang empat kilometer telah ditambak dengan tembok batuan dari Sungai Baru, Sungai Burung, Kampung Nelayan hinggalah ke Tanjung Piandang. Hakisan ombak yang berlaku ini memerlukan pihak kerajaan memperuntukkan dana untuk membina dan meletakkan batuan disepanjang jalan Ban Pecah.

Saya sendiri mendengari kisah bagaimana kawasan pada awalnya Ban Pecah itu merupakan sebuah kawasan petak sawah yang subur dengan tanaman sawah padi. Tetapi malangnya, Tuhan telah menurunkan ujian kerana pada ketika itu tanah sawah itu adalah hak milik adik-beradik yang yatim piatu. Namun begitu, bapa saudaranya telah menghianati amanah yang diamanahkan oleh ibu bapa si yatim piatu itu. Tambah menyedihkan mereka telah pergi meninggalkan bapa saudaranya kerana tidak tahan lagi. Jadi Tuhan telah menunjukkan kuasaNya bahawa harta anak yatim haram untuk dimakan dan sepatutnya amanah orang patut disampaikan. Tapi ini bukan kepastian yang sahih atau mungkin ada cerita lain yang tidak saya ketahui.

Jadi Ban Pecah kini telah menjadi salah satu daya tarik untuk pelancongan di kawasan Tanjung Piandang dan Sungai Baru.
Kisah silam mengajar kita erti kehidupan


Kalau mandi pun sedap ni😂

Comments

Popular posts from this blog

Ada apa itu SOLAT

TG2KM

UPKKM