Pada 20 hingga 24 MAC 2019 yang lalu, saya sebagai ahli protokol UPKKM telah terlibat dalam Temasya Gemilang Kolej Keris Mas. Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti Islamic Forum,
Islamic Night, E-Sport@UKM, Health and Care, Masterchef Challenge, Fashion Show
MG2KM, Battle of the Bands, Famliy Colour Run, UKM Got Talent persembahan artis
serta ada juga rumah hantu.
 |
| Acara TG2KM |
Terdapat pelbagai makanan dan jualan yang dibuka dari pagi hingga jam 11 malam. Dalam penganjuran program TG2KM kali ini, banyak pihak yang telah terlibat seperti Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kuala Kumpur, Universiti Selangor, sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah dan Universiti Kebangsaaan Malaysia sendiri
Tambahan pula, TG2KM kali ini telah mendapat
tajaan dari beberapa pihak seperti QR APPARELS SDN.BHD., Majlis Pewakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, SAM TRADING CO. SDN. BHD., Elektronic
Sports Of Selangor Association (E-SPOTS), Dianashawl Enterprise dan Artistic
Gaming Gadget. Bagi Ketua Pengarah Temasya Gemilang Kolej Keris Mas kali ini
ialah Saudara Yillson Yanggun dan Felo Penasihat Temasya Gemilang Kolej Keris
Mas ialah Saudari Nik Anura Safiya Binti Nik Rusdi.
 |
| Islamic Forum 'Akhirat Dan Akademik" |
Terdapat artis jemputan
dalam TG2KM kali ini. Bagi program Islamic
Forum pihak TG2KM telah menjemput artis Diana Amir, PU Rahmat dan Imam Muda
Asyraf yang telah membincangkan isu mengenai Akedemik dan Akhirat.
 |
YB Tuan Mohd Khairuddin,
sedang melawat tempat games |
 |
| E-Sports Challenge |
Penganjuran program Temasya Gemilang
Kolej Keris Mas pada kali ini memang berlainnan daripada penganjuran pada tahun
lepas kerana pertandingan permainan E-Sports
Challenge buat pertama kali dipertandingkan. Antara permainan yang
dipertandingkan ialah PUBG, Mobile
Legends dan FIFA 19. E-Sports
Challenge pada pertama kali ini telah ditaja sepenuhnya oleh Electronic Sports of Selangor Association
(E-Sports). Perasmian E-Sports telah
disempurnakan oleh YB Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman, Exco Pembangunan Modal
Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.
 |
Persembahan Ezad Lazim
pada malam penutupan TG2KM |
Bagi malam penutupan, Dataran Keris Mas
telah dibanjiri ramai pengunjung yang terdiri daripada mahaiswa Universiti
Kebangsaan Malaysia. Tetamu VVIP yang hadir pada malam tersebut ialah YB Tuan
Mazwan Bin Johar, Ahli Dewan Negeri Sungai Ramal, isteri beliau YB Puan
Syarifah Fadzilah Binti Syed Taha dan Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan, Timbalan
Naib Censelor Hal Ehwal Pelajar & Alumni. Persembahan dari Kelab Kebudayaan
Kolej Keris Mas, Kelab Mahasiswa India dan Kelab Tionghuo Kolej Keris Mas telah
dipersembahkan. Ternyata malam penutupan TG2KM memang meriah. Di tambah pula,
terdapat artis jemputan yang menyanyikan lagu iaitu Ezad Lazim.
 |
| Barisan pelaksana TG2KM dan tetamu VVIP |
 |
| Barisan UPKKM dan tetamu VVIP TG2KM |
Comments
Post a Comment