Assalammualaikum guys,
Kali ni saya nak berkongsi pengalaman semasa saya dan rakan-rakan menjalani Minggu Mesra Mahasiswa. Untuk pengetahuan umum, buat pertama kali UKM telah mengadakan minggu orentasi bagi pelajar baru 2018/2019 dengan cara dan wajah yang baru. Sebelum kami semua mula masuk mendaftar ke UKM, kami telah sedia maklum untuk menyediakan sedikit bingkisan tentang latar belakang diri sendiri dan telah menemubual alumni UKM.
MMM ini diadakan selama seminggu. Terdapat pelbagai pengisian domin yang dijalankan oleh akak dan abang pic.Terdapat 6 domin yang diperkenalkan seperti kesukarelawanan, keusahawanan, sukan dan kebudayaan. Disinilah kami mula berkenalan dengan rakan-rakan baru dari lain negeri, akak dan abang pic dan pihak pentadbir UKM.
Setiap pelajar telah ditetapkan untuk tinggal di kolej yang telah ditetapkan dan saya telah menetap di Kolej Keris Mas. Di kolej inilah banyak mengajar kami semua tentang hidup saling tolong-menolong, dan bantu-membantu antara satu sama lain. Walaupun aktiviti MMM ini agak padat tetapi ia amat bermakna dan bernilai kerana dengan aktiviti ini kami mula mengenali antara satu sama lain.
 |
| Domin Keusahawanan di DTAMS |
 |
| Persiapan untuk Majlis Malam MMM |
Setelah habis kesemua aktiviti domin dijalankan setiap orang selama 4 hari bermula pada hari Isnin hingga Khamis maka, pada tanggal 5 September 2018 secara rasminya pada malam tersebut kami yang merupakan pelajar baru bagi sesi tahun 18/19 telah berikrar di hadapan Prof. Tan Sri Dato' Seri Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM dan warga UKM sekalian bahawa kami secara rasminya telah menjadi sebahagian warga penuntut UKM. Alhamdulillah rasanya kerana tidak sangka yang saya sendiri telah memulakan kehidupan baru sebagai mahasiswa UKM.😍
 |
| Persembahan yang diturut serta oleh barisan pentadbir UKM |
Persembahan pada malam itu turut menyajikan persembahan dari Artis Sukma UKM dan turut menjemput Allahyarham Pak Long pada ketika itu. Bagi pelajar kemasukan baru juga telah diberi peluang untuk mebuat persembahan seperti dikir barat, tarian, koir dan lain-lain lagi persembahan. Kami juga sempat mendengar kata-kata aluan selamat datang dari NC UKM dan gimik perasmian penutupan Minggu Mesra Mahasiswa dengan 5 Payung Merah. Payung Merah merupakan lambang insitusi kedaulatan UKM.
 |
| Payung Merah |
Setelah majlis penutup MMM melabuhkan tirai, tetamu VVIP pun berangkat pulang. Telah menjadi kelaziman setiap tahun perang antara penduduk kolej akan bermula. Kelainan juga pada tahun ini kerana perang kali ini diadakan di Dewan Gemilang, DG berbanding tahun sebelumnya di DECTAR. Suasana yang riuh-rendah memang mula kedengaran sehingga larut malam.
 |
| semua pakat gembira dengan akak dan abang PIC |
Comments
Post a Comment