Assalamualaikum semua,
Kehidupan untuk menjadi seorang pelajar bukan mudah sebenarnya. Kita harus kuat mental dan fizikal kerana berada jauh dari sisi keluarga dan mula hidup untuk berdikari. Kolej Keris Mas, KKM merupakan tempat kedua saya untuk tinggal sepanjang saya bergelar mahasiswa UKM. Soal makanan tidak perlu risau kerana di KKM pelbagai juadah makanan dimasak dengan panas-panas.
 |
| KOLEJ KERIS MAS |
 |
| Kafe KKM, nice kan😂 |
Disinilah saya mula berkenalan dengan rakan-rakan baru saya yang dari lain negeri dengan negeri kelahiran saya, Perak. Untuk kami lebih rapat kami juga berkenalan dengan kawan-kawan yang satu kos dan fakulti saya. Ternyata perasaan gembira tidak dapat saya ungkapkan kerana jalinan persahabatan mula erat.
 |
| Baju Koporat UKM, nice😇 |
Saling berkongsi masalah dan tertawa bersama menjadikan kami bertambah akrab. Selain itu juga kami juga berkenalan dengan ramai akak dan abang senior dari kos dan fakulti lain. Jadual yang padat membuatkan kami semua agak sibuk untuk meluangkan masa bersama. Kadang-kadang kami juga turut mencari masa untuk makan bersama. Untuk pengetahuan umum juga, jadual kelas boleh disusun sendiri mengikut kehendak masing-masing. Pemilihan kelas citra akan membantu para pelajar untuk mempelajari lebih luas ilmu di UKM. Tetapi kebanyakkan pelajar semester pertama akan menaglami masalah untuk memilih kelas citra mereka kerana nilai kredit citra yang perlu diambil perlulah dipatuhi.
Pengalaman saya semasa semester satu sangat berharga kerana banyak perkara yang saya mula pelajari iaitu tentang suasana pembelajarannya di dalam Dewan Kuliah dan semasa peperiksaan berlangsung. Pada hari terakhir saya dan rakan-rakan menduduki peperiksaan adalah di Dewan Gemilang, DG. Pada ketika itu kami sedang menduduki kertas terakhir peperiksaan semester satu iaitu Statistik dan Prinsip Ekonomi Islam.
 |
| Habis je exam statistik dan hujan pun mula turun😂 |
Dan sekarang saya mula naik semester kedua tahun pertama. Perasaan itu agak takut kerana saya percaya banyak lagi cabaran dan dugaan yang harus kami semua lalui untuk berjaya menamatkan 3 tahun tempoh pengajian di UKM dalam kos Ekonomi ini.
 |
| FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN, UKM |
Comments
Post a Comment